Staff Training: Anti-Bribery & Corruption

25 April 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 24 April 2024, Rabu, Penolong Pengurus Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang telah menyertai staf training iaitu Anti-Bribery & Corruption secara online (Microsoft Team) yang bermula dari pukul 10:00 pagi sehingga 12:00 petang. Staff training tersebut telah dikendalikan oleh Cik Cantiynia Anak Ringos yang merupakan staf dari REDtone.

Antara objektif latihan ini adalah tentang korupsi, rasuah dan penyelewengan wang dalam organisasi komersial. Beliau juga menerangkan peranan Malaysia Anti-Corruption Commission (MACC) dan kes-kes yang telah berlaku. Pihak MACC merupakan agensi membanteras aktiviti rasuah di sesebuah organisasi mahupun individu. Latihan ini diakhiri dengan taksiran tentang topik yang dibincangkan untuk menilai pemahaman peserta.

Diharapkan dengan adanya latihan seperti ini dapat memberi manfaat kepada staf NADI supaya dapat mengelakkan berlakunya kes rasuah di dalam organisasi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali